Khamis, 12 Julai 2012

* Sesiapa yg berminat boleh wat tempahan sekarang....
* Deposit diperlukan untuk mengelakkan sebarang penipuan..(" sebab dh pernah berlaku ")
* Harga sudah termasuk dgn kos penghantaran, tp hanya di semenanjung Malaysia sahaja.
* Sabah & Sarawak kos penghantaran RM15.


TEMPAHAN DIBUKA SEKARANG !!!!!
http://www.starloveshop.blogspot.com

Rabu, 4 Julai 2012

STRESS DI TEMPAT KERJA ?????

Topik kita hari ini ialah " Bagaimana Untuk Melawan Stress ".

" Hakikatnya " STRESS " itu normal dan berlaku kepada setiap insan. Kita memerlukan " STRESS " sebagai peransang. Namun apabila stress itu tidak boleh dikendalikan ia akan membebankan kita. "

 JADI KITA LAWAN STRESS.....


 DEFINISI STRESS


" Stress " atau tekanan melibatkan penggunaan semua sistem yang ada dalam badan yang melampaui keupayaan. Individu berkenaan mendapati sukar menyesuaikan diri dengan keadaan dan memerlukan usaha yang lebih untuk mencapai keseimbangan dalam dirinya dan dengan alam sekitar.

Secara keseluruhannya " stress " adalah :

  • Ketidakupayaan memenuhi tuntutan persekitaran
  • Gangguan fuungsi kehidupan
  • Perubahan dinamik yang menyebabkan individu berdepan dengan masalah, kekangan dan desakan hidup
  • Peristiwa atau keadaan persekitaran yang mendatangkan akibat yang negatif
  • Tekanan yang mengakibatkan kebimbangan, keletihan dan ketegangan kepada individu.
  • Tindak balas luaran yang mengganggu mental dan fizikal atau tindak balas kimia dalam tubuh.
7 LANGKAH MENANGANI " STRESS "

Bersikap Realistik Terhadap Pekerjaan Anda
  • Akui kekuatan dan kelemahan dalam diri anda.
  • Bersikap positif semasa melakukan pekerjaan anda.
  • Lakukan yang terbaik dalam pekerjaan anda.
  • Merasa seronok bekerja.


Rancang Kerja Anda
  • Kendali masa anda dengan bijak.
  • Beri keutamaan pada kerja yang penting.
  • Agihkan tugas anda secara berkesan dan jangan bertangguh.
  • Elakkan membawa sebarang tugasan balik ke rumah.
Tingkatkan Kemahiran Penyelesaian Masalah.
  • Lihat masalah dengan rasional dan rancang penyelesaian secara sistematik.
  • Senaraikan masalah-masalah mengikut keutamaan serta langkah-langkah menanganinya.
  • Nilaikan kesesuaian pada setiap langkah penyelesaian.
  • Ambil tindakan secara wajar.
Bersikap Positif Terhadap Perubahan Dalam Kerja
  • Sentiasa bersikap terbuka.
  • Bertolak ansur dengan rakan sekerja.
  • Bersikap realistik terhadap apa jua perubahan yang berlaku.
  • Rancang perubahan secara teratur.
Amalkan Komunikasi Berkesan Di Tempat Kerja
  • Amalkan sifat tegas ( assertive ) bukan garang (  aggressive ).
  • Luahkan pendapat anda secara spontan, tegas dan jelas.
  • Hormatilah pandangan rakan sekerja anda.
  • Komunikasi yang baik adalah melalui komunikasi 2 hala.
  • Jadilah pendengar yang baik.
Tingkatkan Sokongan Sosial Di Tempat Kerja
  • Wujudkan ikatan persahabatan sesama rakan sekerja.
  • Senaraikan individu dan organisasi yang dapat membantu anda dan rakan sekerja di dalam menangani sebarang masalah.
  • Berkongsi masalah dengan mereka yang sedia mendengar.
  • Luangkan masa anda untuk membantu rakan yang bermasalah.
Amalkan Cara Hidup Sihat
  • Luangkan masa untuk beriadah, bersenam dan berekreasi.
  • Dapatkan rehat dan tidur yang mencukupi.
  • Lakukan aktiviti / hobi yang menyeronokkan dan berfaedah.
  • Belajar teknik Relaksasi ( muzik, meditasi dan lain-lain ).
  • Amalkan pengambilan makanan seimbang.
APLIKASI TEKNIK IDEAL

IDENTIFY THE PROBLEM ( mengenalpasti masalah )
DESCRIBE POSSIBLE OPTION ( huraikan pilihan yang ada )
EVALUATE PROS AND CONS ( nilaikan akibat setiap pilihan, kelebihan dan kelemahan )
ACT BASED ON THE BEST POSSIBLE ACTION ( bertindak berdasarkan pilihan yang paling baik )
LEARN ( belajar dan semak semula )

P/S  :  JIKA ANDA MENGANGGAP SESUATU SITUASI ITU TIDAK BOLEH DIUBAH, KENDALIKAN EMOSI ANDA SECARA POSITIF DENGAN BERKONGSI PERASAAN DENGAN ORANG YANG DIPERCAYAI, BERDOA DAN LAIN-LAIN.

TANGANI KEMARAHAN SECARA BERKESAN

Berhenti____Nilaikan akibat setiap pilihan, kelebihan dan kelemahan.
Berfikir______Gunakan fakta dan bukan mengikut perasaan.
Bertindak______Gunakan daya tindak yang berkesan.


RUJUKAN : INSTITUT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN NEGARA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
WEB : www.niosh.com.my
" SELAMAT BERAMAL "


Isnin, 4 Jun 2012


Ini adalah suami dan anak Fiza. Mereka berdua adalah pelengkap dalam hidup Fiza. Kehadiran seorang suami yang penyayang membuatkan Fiza rasa di hargai. Kami disatukan pada 20 November 2010. Seperti keluarga bahagia yang lain, kami juga mengalami masalah diawal perkahwinan kami....tp syukur alhamdulillah, atas kehendak Allah s.w.t hubungan kami kekal bahagia hingga ke hari ini. Tambahan pula kehadiran si kecil melengkapkan lagi kehidupan kami berdua..